Friday, August 28, 2009

personaliti perempuan

WANITA TANAH : Taurus, Virgo, Capricorn
  • seorang yang boleh dijangka,berwibawa dan praktikal
  • Penyabar dan bertolak ansur,mempunyai kehendak dalaman dari segi emosi dan material
  • Semangat produktif dan gigih yang disertai dengan sikap berhati-hati menjadikan wanita tanah berkemampuan mencapai kejayaan dalam perniagaan
  • Kebijaksanaan dan kepintaran yang diperolehi sering tersembunyi oleh air muka semulajadi yng pendiam dan tenang
  • Sifat marah yang terkawal serta keperluan untuk keteguhan dan kawalan sering terbawa-bawa dalam perhubungan yang amat konservatif, serius dan sederhana
  • Tidak mudah menunjukkan sifat penyayang tetapi wanita tanah adalah seorang kekasih yang setia dan berwibawa.

WANITA API : Aries, Leo, Sagittarius
  • Dilahirkan sebagai pemimpin
  • Mempunyai kekuatan diri dan biasanya enggan menerima pendapat orang lain walaupun ianya benar
  • Seorang yang artistik dan sukar dijangka,tetapi biasanya romantis dan tidak pemalu
  • Mempunyai personaliti suka menguasai dan mendominasi tetapi boleh mengimbangi sifat-sifat ini dengan sikap yang pemurah, mesra dan menunjukkan sifat yang mendalam terhadap sesuatu yang disukainya
  • Suka berterus terang dan tidak berselindung menyebabkan orang yang dikasihi mersa sedih dan terhiris
  • Jujur dan mahu hubungan peribadi berjalan dengan lancar.Wanita api harus diberikan ruang yang cukup luas untuk menjadikan perhubungan itu terus berkesan
  • Tidak keberatan untuk beralih arah jika berasa tertekan.
WANITA ANGIN : Gemini, Libra, Aquarius
  • Berterus terang,berminda aktif dan gemar mencari kepelbagaian dalam setiap aspek kehidupan
  • Berfikiran terbuka, mempunyai daya imaginasi dan inovatif, bagi mereka segalanya boleh dicapai
  • Bergaya, tenang dan tidak cerewet serta mempunyai keinginan semulajadi untuk mengamalkan sikap diplomasi dan saling bekerjasama bersungguh-sungguh
  • Sanggup mengorbankan kehendak atau idea mereka sendiri demi mencapai keharmonian dan mengelakkan perselisihan atau konflik
  • sentiasa gigih untuk mendapatkan cinta yang terunggul,untuk berkonfrantasi
  • Kurang cenderung untuk menyampaikan perasaan sebenar yang terpendam dalam hati mereka
  • Dikenali dan diingati kerana sifat romantis dan manja.

WANITA AIR : Cancer, Scorpio, Pisces
  • Mempunyai sifat semulajadi untuk berkembang maju
  • Mereka ini dipandu oleh perasaan hati dan mempunyai sifat mudah bersimpati, berdaya imaginatif, sentimental, mempunyai perasaan yang berubah-ubah dan berhati-hati
  • Tenang dan mudah tersentuh oleh emosi orang-orang yang berada disekeliling dan cepat mengeluarkan air mata dalam sebarang situasi yang menyedihkan
  • Mudah mengikut rentak emosi orang lain dan juga diri sendiri.

No comments:

Post a Comment