..................
manusia diciptakan berpasang-pasangan. begitu juga dengan sepasang kekasih ini; biar saya namakan mereka sebagai adam dan nisa.
bagaikan cincin dengan permata, begitulah ibaratnya mereka. sama cantik sama padan. bertemu dan berkenalan di sebuah pusat pengajian tinggi di mana tempat mereka melanjutkan pelajaran dan seterusnya menjalin cinta. menuntut ilmu matlamat utama, tetapi biar cinta sebagai peneman, dorongan untuk satu sama lain.
seusai pengajian dan tidak lama selepas membina kerjaya masing-masing, sampai masanya untuk mereka disatukan. cinta mereka memang tiada penghalangnya, malah diiringi doa restu kedua belah keluarga. rakan2 yang pernah menjadi saksi cinta mereka turut hadir pada hari bahagia itu dan meluahkan : adam dan nisa memang tercipta untuk satu sama lain.
kebahagiaan yang diimpikan adam dan nisa untuk hidup bersama kini menjadi kenyataan. setiap saat terasa begitu berharga. setiap hari terasa indah.
hanya kemudiannya, iaitu selepas setahun berkahwin barulah mereka diselubungi gelisah – mereka belum dikurniakan cahaya mata. masing2 masih bersabar, mungkin belum rezeki mereka. masuk tahun kedua, bahagia yang dikecapi mulai goyah. keluarga kedua-dua belah pihak asyik bertanyakan bilakah mereka akan menyambut orang baru. apakah masalahnya?
setelah menemui doktor, ternyata masing-masing tidak bermasalah untuk mendapatkan anak. jadi,belum rezekilah kot?mereka terus menanti di samping berdoa semoga dikurniakan cahaya mata.
tahun kelima perkahwinan mereka, takdir menemukan mereka dengan seorang doktor dalam suatu seminar. entah bagaimana, adam dan nisa bagaikan ditarik untuk menceritakan masalah mereka kepadanya. akhirnya temujanji dibuat untuk mereka membuat pemeriksaan. dan hasil dari pemeriksaan itu amatlah mengecewakan…
kes ini adalah 1/1000, di mana sel pembiakan si lelaki tidak dapat bercantum dengan sel pembiakan perempuan. kedua-duanya memang tiada masalah, sihat. cuma memang sel pembiakan mereka tidak dapat bersatu. maka mereka memang tidak dapat memperolehi cahaya mata.
apabila adam bertanyakan si doktor akan apa yang harus mereka lakukan untuk mendapatkan anak, inilah jawapannya : berpisah dan berkahwinlah dengan orang lain.
mereka akur dengan takdir. setelah berpisah ( walaupun tentunya tanpa rela ) mereka membina hidup baru dengan pasangan masing2. ternyata mereka memang beroleh anak dan kini bahagia di samping keluarga masing2.




![[MV] Super Junior - Don't Don 돈 돈! (HIGH QUALITY).mp3](http://i297.photobucket.com/albums/mm208/razidoank2008/player-swf.gif)
chewahh...jiwang hang ni
ReplyDelete